Terma & Dasar Privasi
Dikemas kini: 27/10/2026
Dasar Privasi
Matematik Ceria menghormati privasi keluarga anda dan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Perkhidmatan ini direka untuk kanak-kanak dan hanya boleh didaftarkan oleh ibu bapa atau penjaga sah.
Data ibu bapa: nama, e-mel, nombor telefon (pilihan) dan rekod bayaran. Butiran kad diproses terus oleh Stripe/Billplz dan tidak disimpan oleh kami.
Data kanak-kanak: hanya nama panggilan, peringkat umur, avatar dan rekod permainan (skor, tahap, masa bermain). Kami tidak mengumpul gambar, lokasi, sekolah atau maklumat hubungan kanak-kanak.
Penggunaan: untuk menyediakan perkhidmatan, laporan kemajuan, resit dan e-mel berkaitan akaun. Kami tidak menjual data dan tidak memaparkan iklan.
Hak anda: anda boleh melihat, membetulkan atau memadam profil anak pada bila-bila masa di halaman Profil Anak, dan meminta pemadaman akaun dengan menghubungi kami.
Kuki: kami menggunakan kuki sesi untuk log masuk dan kuki rujukan (30 hari) untuk program affiliate.
Terma Perkhidmatan
Percubaan percuma memberi akses penuh untuk tempoh yang dinyatakan tanpa caj. Langganan berbayar memberi akses untuk kitaran yang dipilih (bulanan atau tahunan).
Stripe: diperbaharui secara automatik sehingga dibatalkan melalui portal pelanggan. Pembatalan berkuat kuasa pada akhir kitaran semasa.
Billplz: tidak diperbaharui secara automatik. Bil pembaharuan dihantar sebelum tamat tempoh; akses dihentikan selepas tempoh tangguh jika tidak dibayar.
Pulangan wang: permintaan dalam masa 14 hari selepas bayaran pertama akan dipertimbangkan. Hubungi kami melalui e-mel.
Kami boleh mengubah harga dengan notis sekurang-kurangnya 30 hari kepada pelanggan sedia ada.
Terma Affiliate
- Program terbuka kepada pelanggan berbayar yang aktif. Kami berhak menolak atau menggantung mana-mana akaun affiliate.
- Komisen sebanyak 20% dikira daripada bayaran sebenar yang diterima daripada keluarga yang dirujuk, untuk 12 bulan pertama selepas mereka mendaftar.
- Komisen ditahan selama 14 hari. Komisen dibatalkan jika bayaran dipulangkan atau dicaj balik (chargeback), termasuk selepas dibayar (ditolak daripada baki akan datang).
- Rujukan sendiri, akaun berganda, spam, iklan berbayar menggunakan nama jenama kami, dan dakwaan palsu adalah dilarang dan boleh menyebabkan semua komisen dibatalkan.
- Pengeluaran minimum RM50.00, dibayar ke akaun bank Malaysia atas nama affiliate dalam masa 7 hari bekerja selepas permintaan diluluskan.
- Affiliate bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaporkan pendapatan ini kepada LHDN dan membayar sebarang cukai berkaitan.
- Kadar dan terma boleh berubah dengan notis 14 hari. Komisen yang sudah diperoleh tidak terjejas.